BOOKING / TEMPAHAN

  • Check in pukul 3.00 petang / Check out pukul 12.00 tengahari.
  • Kami mengamalkan konsep  ‘First Come First Serve’, tempahan hanya akan disahkan sekiranya  pihak anda telah membuat pembayaran deposit.
  • Bayaran deposit adalah RM50/ bilik , baki bayaran hendaklah dijelaskan ketika proses Check in.
  • Wang deposit tidak dapat dikembalikan sekiranya tempahan dibatalkan oleh pihak anda.
  • Semasa Check In, anda perlu membayar wang ‘cagaran kunci’ bernilai RM50, dan wang ‘cagaran kunci’ tersebut akan dikembalikan ketika ‘Check Out‘.

KETIKA MENGINAP

  • Sebarang makan daripada luar, memasak di luar atau di dalam bilik,BBQ sendiri diluar atau di dalam kawasan resort adalah TIDAK DIBENARKAN
  • Dilarang membuat bising bagi menjaga ketenteraman penyewa yang lain.
  • Dilarang melakukan perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam (minum arak, bergaul pasangan lelaki dan perempuan bukan mahram, berjudi).
  • Di minta menjaga kebersihan dan tidak membazirkan elektrik dan air.
  • Dilarang merosakkan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kami.
  • Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan, kehilangan,kecederaan tubuh badan, nyawa atau segala harta benda penyewa kerana kelalaian mereka.
  • Sekiranya penyewa gagal mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan, pihak resort berhak untuk membatalkan sewaan bilik penyewa.

TEMPAHAN SECARA BERKUMPULAN

  • Sama seperti terma dan syarat seperti dinyatakan di bahagian ‘Tempahan’.
  • Setelah persetujuan tentang nilai sebutharga, tarikh event dan lain-lain, anda perlu membuat bayaran deposit sebanyak RM 1,000.
  • Deposit kedua hendaklah dijelaskan sebulan sebelum tarikh  sebanyak 50% dari nilai sebutharga, dan baki bayaran hendaklah dijelaskan ketika Check In.
  • Sebarang perubahan pada nilai tempahan hanya boleh dibuat sebulan sebelum tarikh Check In. Sebarang pengurangan selepas dari tempoh itu, pelanggan akan tetap dikenakan harga yang sama dari nilai sebutharga yang asal.