Soalan Lazim (FAQ)

Jawapan kepada soalan-soalan yang kerap ditanya mengenai D'Nelayan Beach Resort.

🏖️ Operasi & Kemudahan

Check-in bermula jam 3:00 petang dan check-out sebelum jam 12:00 tengahari.

Walk-in dan tempahan awal diterima. Tempahan awal disarankan untuk hujung minggu dan musim cuti.

Resort kami terletak kira-kira 45 minit dari bandar Melaka, di Pengkalan Balak.

Ya, kami menyediakan kawasan parkir yang luas untuk semua tetamu secara percuma.

Ya, kemudahan WiFi disediakan untuk keselesaan tetamu kami.

Ya, resort kami mesra OKU dan sesuai untuk warga emas serta pengguna kerusi roda.

🛏️ Bilik & Penginapan

Kapasiti bilik bergantung kepada jenis bilik yang dipilih (Standard: 2, Superior/Suite: 3, Deluxe/Supreme/Family: 4-5 orang). Kami tidak menyediakan katil tambahan (extra bed).

Semua bilik dilengkapi dengan aircond dan kipas.

Ya. Bilik Suite Seaview mempunyai pemandangan laut.

D'Nelayan Beach Resort mempunyai jumlah keseluruhan 47 unit bilik merangkumi pelbagai jenis bilik.

Ya, terdapat sedikit tambahan harga pada musim puncak (superpeak) seperti cuti sekolah dan hari perayaan utama. Sila hubungi kami untuk kadar terkini.

🍽️ Makanan & Aktiviti

Maaf, tetamu tidak dibenarkan memasak sendiri di kawasan resort.

Ada kedai makan di resort yang terbuka kepada tetamu dan orang awam.

Tetamu tidak dibenarkan membuat BBQ sendiri. BBQ hanya tersedia melalui pakej lengkap yang kami sediakan.

Ada kolam renang kanak-kanak dengan waterplay. Untuk aktiviti luar seperti bola tampar, bola sepak atau banana boat, semak ketersediaan dengan pasukan tempahan.

📋 Booking & Pembayaran

Hubungi admin kami melalui WhatsApp. Setiap tempahan memerlukan deposit sebanyak 90% untuk mengesahkan tempahan anda.

Boleh! Kami menyediakan pakej khas untuk pelbagai acara termasuk family day, majlis perkahwinan, dan pakej honeymoon. Lihat halaman Family Day, Seminar, Perkahwinan atau Honeymoon untuk maklumat lanjut.

Pakej Honeymoon merangkumi dekorasi bilik, Candle Light Dinner dan sarapan. Semak ketersediaan aktiviti kayaking dengan pasukan tempahan.

Masih ada soalan lain?

Hubungi pasukan kami terus melalui WhatsApp, kami sedia membantu!

Hubungi Kami via WhatsApp
Tanya pasukan tempahan Pertanyaan bilik & pakej